
Kezaliman yang telah ditunjukkan oleh rejim zionis membunuh rakyat Palestin telah sampai ketahap yang sangat tidak berperikemanusiaan. Ribuan rakyat telah syahid, puluhan ribu rakyat kehilangan tempat tinggal sejak serangan terbaru tentera Israel. Sekolah dan masjid juga tidak ketinggalan menjadi sasaran tentera Israel.
Gencatan senjata yang dilakukan pada 19hb Januari 2009 yang lepas dirasakan satu gencatan senjata yang rapuh kerana sepanjang sejarah gencatan senjata sebelum ini, rejim zionis tidak pernah mematuhi gencatan senjata maupun resolusi PBB yang dikeluarkan. Dunia mengutuk kezaliman tentera Israel.
Kenyataan akhbar ini dibuat adalah susulan daripada kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia Pusat pada 2hb Januari 2009/5Muharram 1430H yang lepas. JIM adalah merupakan salah satu NGO yang berperanan aktif memberikan kefahaman dan kesedaran kepada rakyat Malaysia secara berterusan sejak 15 tahun yang lepas. Di peringkat JIM Negeri Selangor, beberapa program kesedaran akan dianjurkan seperti berikut.
1. KEMBARA PALESTIN
Tarikh : 31 Jan 2009, Sabtu
Masa : 7.30 pagi – 5 petang
Tempat : Bermula di Kompleks JIM, Taman Melawati, KL dan berakhir di Dataran Petaling Jaya
Aktiviti : Konvoi 100 buah kereta. Edaran 1 Juta risalah Palestin,
Kempen Jualan Amal RM5 dan Kutipan Tabung Palestin
seluruh daerah di Negeri Selangor dan di beberapa lokasi
terpilih.
Program petang diteruskan dengan :
2. MALAM SUARA KEMANUSIAAN PALESTIN 2009
Tarikh : 31 Jan 2009, Sabtu
Masa : 6.00 ptg - 11.30 malam
Tempat : Dataran Petaling Jaya (berdekatan Am Corp Mall PJ)
Aktiviti : Gerai Jualan, Pameran,Solat Hajat, Pidato Perdana
daripada PACE, Aman Palestin, JUST, COMPLETE, wakil
Gereja, wakil-wakil NGO yang bernaung dibawah Coalition Malaysian NGOs Against Persecution Of Palestinians (COMPLETE), Persembahan, Pentomin, Sajak dan Nasyid.
Anjuran: JIM Negeri Selangor, PACE, KARISMA dengan kerjasama
Majlis Bandaraya Petaling Jaya disokong oleh COMPLETE
Maklumat Lanjut: Sila Rujuk Lampiran
3. KEMPEN EDARAN 1 JUTA RISALAH DI PASAR TANI MEGA, SHAH ALAM
Tarikh : 8 Feb 2009, Ahad
Masa : 8.00 pg - 12.00 tgh
Tempat: Pasar Tani Mega, Shah Alam
(Tempat letak kereta Stadium Shah Alam)
Aktiviti: Peserta bersama keluarga akan mengedaran risalah kepada
pengunjung pasar tani bagi memupuk semangat
perjuangan bersama-sama dalam keluarga dalam membela
rakyat Palestin.
Gerai jualan amal, kutipan derma, program anak-anak dan remaja
Anjuran: JIM Negeri Selangor, PACE, KARISMA dengan kerjasama
Majlis Bandaraya Shah Alam disokong oleh COMPLETE
Maklumat Lanjut: En Wan Johari 019-3238419
4. TRAINING FOR PALESTINE SPEAKER TOPS DAN DERU
Program Training For Palestine Speakers (TPOS) akan diadakan pada 7hb Feb 2009 (Sabtu) 9pg-5ptg di Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Gombak
Program Disaster Emergency Response Unit (DERU) JIM akan diadakan pada 8hb Feb 2009(Ahad) 9pg-5ptg di Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Gombak
Program ini adalah anjuran JK Perhubungan Antarabangsa Pusat dan PACE sebagai persediaan untuk sukarelawan Malaysia ke Gaza.
Kami dengan ini ingin menyeru semua warga negeri Selangor daripada semua lapisan masyarakat, kaum dan agama untuk bersama-sama menjayakan program ini sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin.
Semuga siri program ini akan dapat sedikit sebanyak memberikan kesedaran tentang penderitaan rakyat Palestin seterusnya membuahkan tindakan bagi membantu rakyat Palestin.
Zun ‘Arif Hakim Abdul Rahman
Pengarah
Karnival Keamanan Bersamamu Palestin 2009
28hb Januari 2009/1 Safar 1430H







